Tuesday, December 23, 2014

Resepi Bayi (9 Bulan keatas) : Nasi Ayam Berjagung

Bahan-bahan:
  1. Sedikit ayam
  2. 1 bay leaf yang digunting kecil-kecil
  3. Sedikit hirisan daun parsley
  4. Sedikit mentega
  5. 1 sudu besar tepung
  6. 1/3 cawan jagung (jagung tin/jagung beku)
  7. Nasi
  • Rebus ayam bersama bay leaf dan hirisan daun parsley sehingga ayam lembut dan masak.
  • Asingkan ayam dari tulangnya. Koyak/potong ayam kecil-kecil dan letak ke tepi. Jangan buang air rebusan tadi.
  • Cairkan mentega, masukkan tepung dan kacau lebih kurang selama 1 minit. Memang akan berketul, jadi jangan risau ye.
  • Masukkan air rebusan sebentar tadi dan biarkan ia mendidih.
  • Masukkan jagung dan biar ia masak beberapa minit.
  • Masukkan ayam tadi dan nasi.
  • Tunggu sejuk sebentar dan boleh dihidangkan pada bayi yang pandai mengunyah. Bagi bayi yang masih belum mahir mengunyah kerana kekurangan gigi, sila kisar makanan tersebut menjadi puri.

No comments:

Post a Comment